Search    
  December 17, 2017  
Pengenalan

Sejarah

Lain-lain Pautan

Hotline

Talian: 088-255999
Maklumbalas

www.kpi.sabah.gov.my

tumblr hit counter

   You are here:  PengenalanVisi dan Misi    

Visi

Menjadi penggerak utama dalam penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam di Negeri Sabah.

Misi

Untuk mengurus pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang merangkumi:

  • Rangkaian jalanraya yang efisien, ekonomik dan selamat;
  • Perkhidmatan keretapi yang selesa, selamat dan ‘reliable’;
  • Penyediaan pembetungan yang sesuai dan mesra alam;
  • Pembekalan air terawat ke seluruh negeri Sabah;
  • Penyediaan bangunan pejabat kerajaan yang mencukupi;
  • Kemudahan pelabuhan dan dermaga yang moden dan cekap.

Objektif

Untuk mengurus pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan yang merangkumi jalan raya, rel, pembetungan, bekalan air, bangunan, kemudahan pelabuhan & dermaga untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial & ekonomi negeri secara keseluruhan.

Dasar

Dasar pembangunan KPI dengan berteraskan kepada dasar-dasar Kerajaan di peringkat negeri dan nasional adalah untuk menentukan pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam negeri yang seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar serta menepati dan selaras dengan keperluan pembangunan sektor perindustrian, pertanian dan pelancongan ke arah perkembangan ekonomi Negeri Sabah.

Tanggungjawab

Fungsi utama Kementerian ini adalah seperti berikut:-

  • Memberi keutamaan kepada penyediaan rangkaian jalanraya yang mencukupi dan selamat digunakan;
  • Menyediakan dan menyelenggara perkhidmatan keretapi;
  • Menyediakan, membangunkan dan menaik taraf kemudahan-kemudahan pelabuhan;
  • Meningkatkan penyediaan bekalan air terawat yang secukupnya ke seluruh Negeri Sabah;
  • Menyediakan sistem pembetungan yang terancang dan sistematik; dan
  • Mentadbir dan menyelaras aktiviti & fungsi jabatan serta agensi di bawah Kementerian ini.
Hakmilik © 2007 Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah
Terms Of Use Privacy Statement
Home|Pengenalan|Sejarah|Berita KPI