Y.B. Datuk Raymond Tan Shu Kiah dikekalkan sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur dengan dibantu oleh dua (2) orang pembantu menteri iaitu Y.B. Datuk Seri Panglima Michael Asang dan Y.B. Datuk Japlin Hj. Akim.
Pada 14 Mac 2008, Y.A.B. Datuk Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah, telah mengumumkan Kabinet Negeri Sabah setelah berjaya memenangi dan menubuh kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang telah diadakan pada 8 Mac 2008. Y.B. Datuk Raymond Tan Shu Kiah dikekalkan sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur dengan dibantu oleh dua (2) orang pembantu menteri iaitu Y.B. Datuk Seri Panglima Michael Asang dan Y.B. Datuk Japlin Hj. Akim.

Y.B. Datuk Raymond Tan telah memperkenalkan kedua-dua pembantu menteri kepada ketua-ketua jabatan di bawah KPI dan pegawai-pegaai kanan KPI dalam satu perjumpaan yang telah diadakan pada 17 Mac 2008 di KPI.

Pada perjumpaan pertama itu, selain memperkenalkan pembantu menteri kepada ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan KPI, Y.B. Datuk Menteri juga mendapatkan status terkini beberapa isu utama yang perlu diberi perhatian segera kini beliau telah kembali bertugas.