Satu majlis menandatangani perjanjian ‘Settlement Agreement’ dan ‘Supplemental Agreement’ antara Kerajaan Negeri dengan Timatch Sdn .Bhd telah diadakan pada 28 Februari 2008 bertempat di Kementerian Pembangunan Infrastruktur.
Satu majlis menandatangani perjanjian ‘Settlement Agreement’ dan ‘Supplemental Agreement’ antara Kerajaan Negeri dengan Timatch Sdn .Bhd telah diadakan pada 28 Februari 2008 bertempat di Kementerian Pembangunan Infrastruktur. Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Infrastruktur telah menandatangani perjanjian bagi pihak Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan sebagai saksi. Manakala Pengarah syarikat Timatch Sdn Bhd Tan Sri Richard Lind dan Encik Harmin Ismail telah menandatangani bagi pihak Timatch Sdn Bhd.
‘Settlement Agreement’ merupakan perjanjian mengenai kuantum dan jadual pembayaran hutang tertunggak kerajaan dengan Timatch Sdn .Bhd, syarikat konsesi pengeluar air bagi kawasan Sandakan dan Tawau. Manakala ‘Supplemental Agreement’ adalah perjanjian mengenai kadar-kadar baru bagi ‘Monthly Fee’ dan ‘Bulk Supply’, tempoh pelanjutan konsesi dan kerja-kerja tambahan serta kerja-kerja naiktaraf kemudahan pengeluaran air di Sandakan dan Tawau.


Acara Menandatangani Perjanjian sedang dijalankan

(Kelihatan Pg. Hassanel Datuk Pg. Hj. Mohd. Tahir sedang bersalaman dengan Tan Sri Richard Lind dan bertukar-tukar dokumen perjanjian)