Pada 29 Januari 2008, Majlis Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Panglima Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar.
Majlis tersebut telah menyaksikan beberapa Memorandum Persefahaman ditandatangani di antara pihak Kerajaan Negeri Sabah dan pelabur luar. Salah satu daripadanya merupakan Perjanjian Pembangunan Tanah JKNS di antara Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Aeropod Sdn. Bhd. Perjanjian berkenaan telah ditandatangani oleh Pg. Hassanel Datuk Pg. Hj. Mohd. Tahir, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur bagi pihak Kerajaan Negeri dan Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Liew Kee Sin, Pengarah Urusan Kumpulan S P Setia Bhd. bagi pihak Aeropod Sdn. Bhd.
Perjanjian tersebut bertujuan untuk membangunkan kawasan tanah di JKNS yang bukan sahaja berperanan untuk menyediakan kemudahan pengangkutan keretapi malah menjadikannya sebagai kawasan tarikan pelancong/pelabur. Konsep yang diketengahkan oleh Aeropod Sdn. Bhd. adalah pembangunan yang melibatkan 4 elemen utama iaitu: "Live, Leam, Work & Play." Sehubungan itu, kawasan pembangunan tersebut dikenali sebagai "Aeropod" dengan perancangan termasuk Galeria, Hotel, SOHO, Pusat Beli-belah Tanpa Cukai, Seafood Paradise, Edutainment Center dan Parklands.