Rombongan Y.A.B. Datuk Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah telah membuat lawatan ke Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah pada 23 Jun 2005. Beberapa orang Menteri Kabinet telah ikut serta dalam lawatan berkenaan, antaranya ialah Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Y.B. Datuk Masidi Manjun, Menteri Belia Dan Sukan. Beliau telah diberi penerangan mengenai perkembangan semasa projek-projek yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Insfrastruktur.

Kelihatan Y.A.B. Datuk Musa Hj. Aman bersedia untuk mendengar taklimat daripada Y.B. Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Menteri Pembangunan Infrastruktur.
Y.B. Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Menteri Pembangunan Infrastruktur menyampaikan cenderakenangan kepada Y.A.B. Datuk Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah.