Rombongan dari KPIP Sarawak yang diketuai oleh Encik William Jinep telah membuat lawatan ke KPI Sabah pada 23 Mac 2009.
Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Melvin V. Majanga, KPSU (IM) dan Puan Hjh. Masnah Matsalleh KPSU (UP) bagi memperkenalkan serba sedikit mengenai organisasi dan fungsi Kementerian ini.


Selepas Taklimat tersebut selesai, KPIP Sarawak dijemput untuk menjamu hidangan di rung legar KPI di samping beramah mesra dengan warga KPI.
Pada 24 Mac 2009, jamuan makan malam sempena lawatan mereka juga telah diadakan di Bougainvilla Room 1, Hotel Promenade. Sejumlah 52 orang dari KPI Sabah dan KPIP Sarawak yang menghadiri jamuan makam malam tersebut.



