Search    
  August 22, 2017  
Pengenalan

Sejarah

Lain-lain Pautan

Blog_Archive

Hotline

Talian: 088-255999
Maklumbalas

www.kpi.sabah.gov.my

tumblr hit counter

   You are here:  Home    
Pengumuman
Notis Pelawaan Tender - Thursday, May 04, 2017
Kenyataan Tender 


Mesyuarat Setiausaha Tetap Bersama Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Di Bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah
Location: BlogsBerita    
Posted by: Daimeh Sampit Tuesday, March 24, 2009 3:02 PM
Mesyuarat Setiausaha Tetap bersama Ketua-Ketua Jabatan/ Agensi dibawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI) telah dijadualkan untuk diadakan setiap empat bulan. Mesyuarat pertama pada Tahun 2009 telah diadakan pada 19 Februari 2009 di Sabah Hotel, Sandakan yang dihoskan oleh Jabatan Air Negeri Sabah.

Mesyuarat telah membincangkan/berkongsi beberapa isu mengenai perkembangan pelaksanaan tugasan masing-masing khasnya di antara Kementerian/Jabatan/Agensi di bawahnya dengan tujuan untuk penyelesaian/ penambahbaikan lagi prestasi kerja. Antara lainnya tujuan mesyuarat adalah memberi peluang kepada SUT/KPI dan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi serta Pegawai-Pegawai Kanan untuk berkumpul dan berbincang bersama. 

Mesyuarat akan datang dijadualkan antara bulan Jun – Julai 2009 yang akan dihoskan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Hos Mesyuarat ini adalah digilirkan kepada semua Jabatan/Agensi di bawah KPI bagi memberi ruang kepada pegawai-pegawai KPI/Jabatan/Agensi melawat pejabat atau meninjau projek masing-masing sama ada di Kota Kinabalu atau di daerah-daerah.

Mesyuarat Setiausaha Tetap bersama Ketua-Ketua Jabatan/Agensi di bawahnya mempunyai Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:-

Pengerusi             :  Setiausaha Tetap, KPI
Tim. Pengerusi        :  Timbalan Setiausaha Tetap, KPI
Ahli-Ahli             :  Pengarah, Jabatan Kerja Raya Sabah
                      :  Pengarah, Jabatan Air Negeri Sabah
                      :  Pengarah, Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah
                      :  Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
                      :  Pengurus Besar, Jabatan Keretapi Negeri Sabah
                      :  Semua Ketua Penolong Setiausaha, KPI
Setiausaha Mesyuarat  :  Pegawai Tadbir, Bahagian Pentadbiran, KPI
URUS SETIA            :  KPI dan Jabatan/Agensi yang menjadi hos mesyuarat

                        
Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Infrastruktur             Y.Bhg. Datuk Pg. Hassanel Datuk Pg. Hj. Mohd. Tahir,
 Sabah sedang mempengerusikan Mesyuarat yang diadakan            SUT/KPI menerima cenderahati daripada Encik Awang
           pada 19 Februari 2009 di Sabah Hotel, SANDAKAN               Mohd. Tahir Mohd. Talib, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah
                                                                                                          selaku Hos Mesyuarat sebagai ucapan tahniah kepada 
                                                                                                          Y.Bhg.  Datuk sempena menerima gelaran PGDK dari 
                                                                                                  TYT Sabah pada tahun 2008


Duduk dari Kiri:  Melvin V. Majanga (KPI); Kapt. Chin Kui Foh,Pengarah JPDS; Datuk Mayong Omar, Pengurus Besar LPPS; 
Ahmad Hj. Awang Hashim (Timbalan Setiausaha Tetap/KPI); Ir. James Wong (Presiden Majlis Perbandaran Sandakan);
Y.Bhg. Datuk Pg. Hassanel Datuk Pg. Hj. Mohd. Tahir (Setiausaha Tetap/KPI) selaku Pengerusi Mesyuarat; Awang Mohd. Tahir
Mohd. Talib (Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah); Mohd. Arshad Abdul Razak (Pengurus Besar Jabatan Keretapi Negeri Sabah);
Hj. Jamil Atan (Jabatan Air Negeri Sabah).
Berdiri dari Kiri:  Zullkapli Hj. Asmat (KPI); Ir. Jeffrey Chong (JANS); Ir. Teo Chee Kong (JANS); Gracy Rupia Piuh KPI);
Norlijah Hj.. Danin (JKNS); Hjh. Masnah Matsalleh (KPI); S. Noor Azmi bin S. Othman (KPI); Ishar Hamka (JANS)

 

Permalink |  Trackback

Hakmilik © 2007 Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah
Terms Of Use Privacy Statement
Home|Pengenalan|Sejarah|Berita KPI